Akses dan penggunaan anda terhadap laman web ini (“Laman”) adalah tertakluk kepada terma dan syarat (“Terma & Syarat” ini) dan undang-undang yang berkaitan.

Laman ini adalah bagi kegunaan peribadi dan hiburan anda. Semua material di Laman ini dikemukakan untuk memberi maklumat tentang Cerebos dan produk-produknya di bawah cap dagang BRAND’S kecuali dinyatakan sebaliknya. Cerebos tidak membuat sebarang pernyataan bahawa semua produk yang ada di Laman ini adalah sesuai dan/atau boleh didapati untuk digunakan di semua lokasi.

Semua nama, logo dan tanda di Laman ini adalah proprietari dan sepatutnya dilesenkan kepada Cerebos di lokasi-lokasi di mana Cerebos menjual produknya yang mengandungi tanda dagangan BRAND’S®. Pengubahsuaian atau penggunaan tanda dagangan ini atau sebarang material di Laman ini, selain dari yang dinyatakan dalam Terma & Syarat ini atau berdasarkan kandungan Laman, adalah dilarang sama-sekali.

Semua maklumat dan material yang dibekalkan dan/atau diserahkan oleh anda ke Laman ini perlu diperlakukan sejajar dengan Dasar Privasi kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Anda bertanggungjawab penuh ke atas maklumat tersebut termasuk dan tidak terhad kepada ketepatan dan kesesuaiannya dari segi undang-undang.

Capaian anda kepada Laman ini adalah di bawah tanggungan anda sendiri. Cerebos akan melaksanakan semua usaha yang sewajarnya bagi memasukkan semua maklumat yang tepat dan terkini di Laman ini tetapi anda menanggung kesemua risiko terhadap ketepatan dan/atau penggunaan dan/atau kebergantungan kepada maklumat yang terkandung di Laman ini. Cerebos tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan atau apa-apa yang tertinggal. Tiada perkaitan antara maklumat yang ditemui dari mana-mana laman web yang mempunyai pautan kepada Laman ini. Cerebos tidak pernah membuat sebarang jaminan atau pernyataan bahawa akses kepada Laman ini tidak akan terganggu, bebas kesilapan atau bebas dari virus. Laman ini diterbitkan bagi tujuan maklumat umum dan tanpa sebarang pernyataan atau jaminan, sama ada secara jelas, tersirat, berkanun atau sebaliknya, termasuk dan tidak terhad kepada jaminan tersirat bagi kebolehniagaan atau kesesuaian bagi sesuatu tujuan yang dikenakan ke atas sesuatu produk yang dijual atau dibekalkan oleh Cerebos, syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya dan sekutunya.

Cerebos tidak akan bertanggungjawab terhadap anda atau pihak ketiga atas sebarang kerugian secara langsung, tidak langsung, penting atau yang menyusahkan yang didakwa timbul dari akses kepada (termasuk virus yang didakwa didapati dari Laman ini) atau kegagalan mengakses Laman ini atau penggunaan kandungan Laman ini, walaupun terdapat kecuaian dari pihak Cerebos atau jika Cerebos dinasihati tentang kemungkinan  berlakunya kerosakan. Had tanggungan juga dikenakan ke atas laman-laman web lain yang mungkin mempunyai pautan ke Laman ini.

Dalam sesetengah kes, undang-undang yang diguna pakai tidak membenarkan pengehadan atau larangan tanggungan, maka pengehadan di atas mungkin tidak diguna pakai untuk anda. Bagaimanapun, seluruh tanggungan Cerebos terhadap anda, yang berkaitan dengan maklumat, pernyataan dan jaminan yang terkandung di Laman ini, tidak sepatutnya melebihi jumlah yang dibayar oleh anda untuk mengakses Laman ini.

Anda bersetuju bahawa penggunaan Laman ini dikawal oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia.

Cerebos boleh mengubah Terma & Syarat ini tanpa notis pada bila-bila masa.

Cerebos (Malaysia) Sdn Bhd (Co. No. 3948M)
Tarikh: Oktober 2009 

Generasi Hebat on Facebook