1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas, kecuali kakitangan Cerebos (M) Sdn. Bhd., syarikat-syarikat bersekutunya, syarikat pengedar, agensi pengiklanan dan agensi promosi dan ahli-ahli keluarganya.

2. Semua borang penyertaan untuk Hadiah Utama hendaklah sampai kepada pihak penganjur sebelum 5.00ptg pada 31 Mac 2010.

3. Para peserta boleh menghantar lebih dari satu borang penyertaan. Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan dengan syarat borang tersebut diisi sendiri oleh peserta yang terlibat. Walaubagaimanapun syarat-syarat untuk anda layak memenangi hadiah adalah anda harus menghantar borang penyertaan berserta dengan satu set label asal dengan padanan yang betul.

4. Untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu menikmati dan mengumpul label BRAND’S 70g atau 42g dengan perkataan tercetak padanya. Kumpul satu set kombinasi sepadan untuk memenangi hadiah lumayan. Contohnya: label Disney + Land melayakkan anda memenangi satu percutian dengan bintang ke Disneyland Hong Kong; label Kekal Cerdas + Hebat Sentiasa untuk memenangi sebuah TV LCD 42” LG dan Scientifically + Proven untuk memenangi sebuah telefon bimbit LG.

5. Tidak ada halangan bagi anda untuk mengutip dua label dari saiz botol yang berbeza. Peserta boleh menggabung perkataan tercetak di label dari BRAND’S 70g dengan label di botol 42g untuk memenangi kombinasi dan sebaliknya.

6. Pastikan anda mengumpul kombinasi label yang betul dan lekatkan pada kotak-kotak tertentu. Untuk padanan 3 kombinasi: DISNEY + LAND, KEKAL CERDAS + HEBAT SENTIASA dan SCIENTIFICALLY + PROVEN, sila patuhi arahan tercetak di belakang label dan hantar borang penyertaan anda ke CEREBOS (M) SDN BHD untuk pengesahan. Gagal melaku demikian, akan mengakibat pembatalkan penyertaan.

7. Penyertaan dengan padanan label yang tepat dan mematuhi semua terma dan syarat layak untuk memenangi hadiah berikut: Hadiah Utama (20x) satu percutian dengan bintang ke Disneyland Hong Kong; TV LCD 42” LG (10x); Telefon Bimbit LG (20x); satu(1) botol BRAND’S 42g atau InnerShine Balance 42ml dengan setiap kombinasi label yang sepadan dan satu (1) set Tali Generasi Hebat dengan setiap kombinasi label yang sepadan.

8. Peserta yang berjaya mengumpul satu set kombinasi label Generasi Hebat akan melayakkan diri untuk menyertai Peraduan Ekspresi & Menang untuk merebut Hadiah Utama. Peserta hanya perlu ekpresilah diri anda dalam cara yang paling kreatif dengan Tali Generasi hebat. Ambil gambar tersebut dan muat naik ke facebook Generasi Hebat atau hantar kepada kami. Untuk borang penyertaan, sila layari http://www.brandsworld.com.my. Penyertaan anda mungkin melayakkan anda memenangi satu percutian dengan bintang ke Disneyland Hong Kong.

9. Setiap penyertaan hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah, kecuali untuk 1 botol BRAND’S 42g atau InnerShine Balance 42ml (pemilihan jenis tertaluk kepada keadaan stok) dan tali Generasi Hebat yang akan diberi bagi setiap gabungan kombinasi label yang sepadan.

10. Penghantaran hadiah mengambil masa sekurang-kurangnya 4 minggu. Cerebos (M) Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan, kerosakan atau sebarang kesilapan yang berlaku semasa pengiriman hadiah semasa dikirim. Sebarang pampasan/gantian tidak akan diberi.

11. Hadiah yang diberikan mungkin berbeza dari gambar-gambar yang dipamerkan di atas kotak atau bahan percetakan promosi yang lain.

12. Cerebos (M) Sdn Bhd berhak untuk menggantikan hadiah dengan mana-mana hadiah-hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis terlebih dahulu tertakluk kepada bekalan. Semua hadiah yang diberikan tidak boleh ditukar milik atau ditukarkan kepada wang tunai.

13. Para pemenang akan diberitahu menerusi telefon atau pos.  Semua hadiah mesti dituntut dalam masa 60 hari dari tarikh diumumkan. Penebusan selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

14. Pemenang hadiah mungkin akan diminta untuk mengambil hadiah di satu tempat yang ditetapkan. Jika pemenang meminta hadiahnya dihantar melalui pos ekpress kepadanya, caj penghantaran adalah di bawah tanggungjawab pemenang berkenaan.  Cerebos (M) Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan, kerosakan atau sebarang kesilapan hantar hadiah semasa dikirim. Tiada tukar gantian/pampasan akan diberi.

15. Semua borang penyertaan akan menjadi hak milik Cerebos (M) Sdn. Bhd.  Semua pemenang mungkin diwajibkan untuk menghadiri upacara penyampaian hadiah, Cerebos (M) Sdn. Bhd. berhak menggunakan nama dan gambar pemenang-pemenang untuk tujuan pengiklanan dan promosi. Wakil untuk pemenang tidak akan dibenarkan.

16. Cerebos (M) Sdn Bhd berhak untuk membatalkan kelayakan sebarang borang penyertaan yang tidak lengkap dan/atau tidak jelas.

17. Borang penyertaan yang dihantar menerusi despatch, kurier atau Pos Laju akan diterima. Bukti pengeposan bukanlah bukti penerimaan. Cerebos (M) Sdn. Bhd. tidak bertanggung jawab ke atas borang penyertaan yang hilang, tersilap hantar atau rosak melalui pos.

18. Peserta yang tidak dapat mematuhi terma dan syarat Peraduan BRAND’S Generasi Hebat akan dibatalkan penyertaan mereka.

19. Cerebos (M) Sdn. Bhd. berhak untuk meminda, mengubah, memanjang atau menamatkan  peraduan BRAND’S Generasi Hebat dalam situasi atau keadaan yang apabila dirasakan patut di dalam situasi atau keadaan yang di luar kawalannya. Tiada notis awal akan diberi.

20. Para pemenang peraduan BRAND’S Generasi Hebat hadiah utama  mesti mendapatkan pasport yang sah dan visa perjalanan (jika perlu) dengan perbelanjaan diri. Cerebos (M) Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab atau memampas pemenang yang tidak dibenar atau tidak dapat mengembara kerana dokumen yang tidak sesuai / tidak lengkap.

21. Semua peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa jua kecederaan, kerosakan atau tuntutan susulan dari penyertaan mereka di dalam peraduan peraduan BRAND’S Generasi Hebat dan/atau guna dan/atau penebusan hadiah mereka.

22. Untuk matlumat lanjut, sila hubungi Talian Prihatin Pelanggan BRAND’S: 1 800 88 6226, Isnin hingga Jumaat, 10pg hingga 5ptg (kecuali cuti am) atau layari: http://www.generasihebat.com.my

23. Dengan menyertai pertandingan ini, setiap peserta bersetuju dan menerima sepenuhnya terma dan syarat peraduan ini dan semua keputusan yang dibuat oleh Cerebos (M) Sdn. Bhd.

24. Andainya timbul sebarang pertikaian, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan. Untuk terma dan syarat dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina, sila layari http://www.generasihebat.com.my

25. Cerebos (M) Sdn. Bhd. berhak meminda terma dan syarat peraduan tanpa notis terlebih dahulu.

Generasi Hebat on Facebook