Penyataan Privasi ini menerangkan tentang jenis maklumat yang akan dikutip sepanjang anda melayari Laman ini dan tujuan kami menggunakan maklumat tersebut.

Cerebos Pacific Limited dan syarikat berkaitannya serta sekutunya (”Cerebos”) menghormati privasi semua pelawat ke Laman ini. Kami tidak akan mengutip maklumat peribadi tentang anda kecuali maklumat tersebut dihantar oleh anda secara sukarela. Dengan “maklumat yang mendedahkan peribadi” (selepas ini dirujuk sebagai “Maklumat”), kami maksudkan nama, alamat, jantina dan umur anda.

Cerebos akan menghormati privasi anda dan tidak akan menjual, memajak atau sebaliknya membuat urus niaga, mendedahkan atau memaparkan maklumat tersebut kepada pihak ketiga bagi sebarang tujuan atau kepentingan komersial.

Apabila Maklumat diberikan kepada kami; kami akan menggunakan Maklumat tersebut bagi tujuan-tujuan berikut:

(a) mencadangkan dan memilih produk yang paling memenuhi keperluan kesihatan anda secara umum / amnya;
(b) analisis bagi pemasaran dan penyelidikan agar kami dapat memperbaiki produk kami;
(c) analisis statistik, agar kami dapat memahami keperluan dan/atau pola yang dapat dilihat serta trend penggunaan anda dengan lebih baik; dan
(d) menghantar kepada anda penerbitan, surat-menyurat, siaran e-mel, kemas kini dan pemberitahuan.

Kewajipan di atas tidak dilaksanakan atau dihentikan dari dilaksanakan apabila kami dapat menunjukkan kepada anda dan anda berpuas hati bahawa ia (a) telah menjadi pengetahuan umum selain dari pendedahan oleh Cerebos, (b) sudah diketahui oleh Cerebos sebelum pendedahan anda, atau (c) dikehendaki agar didedahkan oleh Cerebos, sehingga ke takat minimum ia diperlukan untuk diperlakukan sebegitu oleh mana-mana badan kehakiman, kerajaan atau kawal selia yang kompeten, undang-undang atau peraturan di Malaysia atau mana-mana wilayah lain.

Dari masa ke semasa, kami mungkin mengadakan peraduan atau pertandingan di mana anda perlu membekalkan kami dengan maklumat khusus. Dalam keadaan sebegini, sila maklum bahawa Dasar Privasi mungkin berbeza dan perubahan tersebut dibawakan kepada anda dalam halaman-halaman berkaitan di Laman ini.

Anda seharusnya berasa selesa untuk tidak menyerahkan Maklumat kepada kami jika anda tidak mahu melakukannya. Jika anda sudah menghantar maklumat, tetapi tidak mahu terus menggunakannya untuk tujuan di atas, anda boleh menghantar surat kepada kami atau menghubungi kami di BRAND’S Customer Care line: 1 800-88-6226 dan kami akan mengambil semua usaha yang wajar untuk mengalihkan Maklumat berkenaan dari rekod kami.

Kanak-kanak dan remaja yang berusia bawah 18 tahun dinasihatkan agar mendapatkan kebenaran dari ibu bapa atau penjaga mereka sebelum menghantar maklumat yang mendedahkan peribadi ke Laman ini.

Dasar ini mungkin diubah dari masa ke semasa mengikut budi bicara Cerebos semata-mata.

Cerebos (Malaysia) Sdn Bhd (Co. No. 3948M)
Tarikh: Oktober 2009

Generasi Hebat on Facebook